JellyPages.com

Tuesday, 4 June 2013

Penjagaan kuku


Baiklah  saya nak berkongsi tentang penjagaan kuku, bukan setakat muka sahaja tau kena jaga kuku pun perlu dijaga lagi-lagi kuku kaki ramai yang mengabaikan penjagaan kuku kerana menganggap kuku tidak akan menimbulkan masalah haah pemikiran yang salah tu, elakkan kaki anda dari berbau…hehehe
 
Penjagaan kuku tidak semestinya kena pergi spa sebaliknya boleh diamalkan di rumah sahaja.
 
Cara-caranya ialah sediakan sebiji buah lemon dan campurkan dengan air suam bukan air panas tau. Rendamkan tangan ke dalam bekas air yang disi lemon itu tadi selama 15 minit dan kemudian gosokkan kuku dengan menggunakan hirisan lemon. Setelah selesai bilaskan kuku dengan air dan seterusnya lapkan dengan kain bersih. Boleh diamalkan petua ini seminggu. Dan dibawah ada imej potong kuku ikut Sunnah Nabi..

 
 
                              MENJAGA KEBERSIHAN  ADALAH SUNNAH RASULULLAH

PENGHAYATAN


APABILA SUKA, PERLU USAHA, SUPAYA TIDAK BERDUKA SETELAH MENCUBA.
APABILA SUKA, PERLU BERSUNGGUH, SUPAYA TIDAK KECEWA JIKA TERJATUH.
APABILA SUKA, PERLU PERTOLONGAN,  SUPAYA TIDAK KESEORANGAN APABILA KEGAGALAN.

Kisah Nenek KU..

 
Ada lagi satu cerita kisah tentang nenek saya yang baru nak belajar bawak motorsikal..nenek saya pun naik atas motosikal dan mula untuk hidupkan enjin dan memulaskan minyak, seterusnya nenek saya memasukkan class yang pertama  dan pada masa tu nenek saya terpulas minyak sehabisnya apalagi motornya pecut dengan laju..dan pada masa itu nenek say a bole berkata JANGAN TOLAK-JANGAN TOLAK LAGI NIE DAH LAJU padahal takade sesiapa yang tolak.. Memang merbahaya siap jiran sebelah menyebelah  terjun untuk selamatkan nenek saya..mujur dengan kuasa Yang Maha Esa kalau motor lama tak masuk class kedua akan mati kan, hampir sampai anjung rumah jiran depan motor  termati dengan sendirinya, kalau tidak tak tau lah macam mana keadaannya.. lepas selamat dari kejadian itu nenek pun mengeluarkan celotehnya kenapa tolak laju sangat kan bahaya….hahaha kenangan ini diimbas kembali bersama nenek saya dan saudara mara yang hadir pada majlis doa kesyukuran di Putrajaya masa 25.05.2013..Walaupun tinggal kenangan bila diimbas balik semua tepuk dahi hahaha..

Suatu Masa Dahulu


Ehem,ehem..nak kongsi cerita-cerita dulu kisah yang sangat mecuit hati hahaha..
Ceritanya macam ini masa tu kami berkumpul bersama-sama sanak saudara yang lain duduk depan halaman rumah kat kampung duk tengah berbual adalah salah satu mak cik saya terbesin dengan sekuat hatinya sampai apa tercabut gigi palsunya tercampak kat depan sepupu saya umur budak tu 2 tahun, Mak cik saya pasang lah balik giginya masa pasang boleh pulak sepupu saya menangis semahu-mahunya
 Suruh apa tau, tanggalkan balik gigi tu kelakarlah boleh suruh tanggalkan balik ingatkan menangis sebab terkejut ke apa..habis tu nak suruh diam punya pasal mak cik saya terpaksa tanggalkan sampai lah budak tu diam..Begitulah ceritnya.

Anda Bosan??


 ORITE..nak berkongsi tentang buang kebosanan dan kembalikan semangat baru..YES
Setelah sekian lama kita melakukan aktiviti yang sama, ditambah dengan tekanan yang berpunca dari masalah yang dating dari pelbagai sudut ceh2..apa lah tu..takpe-takpe..kita teruskan  mungkin akan terbit rasa bosankan, boleh diatasi semua tu..mai-mai kita bincangkan..
Pertama sekali ialah meghilangkan diri seketika tak perlulah sampai seminggu, guna tiga hari pun dah memadai. Sepanjang cuti kita tak perlu menjawab panggilan atau berbincang pekara yang merungsingkan agar fikiran kita tidak kusut..Masa itu penuh cuti anda denga pekara yang anda teringin anda lakukan.
Keduanya ubah sikap dan gaya, ok caranya ialah ubah pandangan anda dan cuba tanamkan dalam diri yang anda tidak bosan dengan kerja yang dilakukan, ataupun ubah posisi tempat dan juga cuba tambahkan keceriaan seperti ada warna yang menaikkan ‘mood’ anda.
Ketiga luaskan pergaulan, elakkan diri daripada hanya berkawan dengan orang sama sebaliknya cuba bersikap mesra dan ramah kepada semua orang.
Dan yang terakhir adalah mengenangkan kesukaran dan kejayaan, mungkin ada yang terpaksa menunggu berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk mendapatkan sesuatu. Andai pekara ini dilalui, mengapa harus disia-siakan pengorbanan dan berputus asa hanya kerana sudah bosan. Jadi dalam keadaan bosan, anda mungkin boleh mengimbau kembali kenangan itu. Senyuman terukir pasti dapat mengembalikan semangat anda agar meneruskan perjuangan. 
Sampai disitu celotehannya hehehe..

Kenangan bersama teman Sekelas


 
 


Haaah nak bagi tahu gambar diatas adalah gambar kenangan saya dengan kawan-kawan  sekelas di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang hehehe rindu sangat dengan mereka..Ingat lagi berkongsi rumah dengan Sembilan orang budak kelas punya lah ramai hehehe…mereka semua satu bidang dengan saya..ratanya adalah dari johor, ada johor dari daerah Batu Pahat, Segamat, Kota Tinggi,Pasir Gudang dan saya sendiri dari Skudai. Selebihnya ada yang dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Selangor dan Seremban…Alhamdulilah walaupun kami semua berjauhan  tapi kami masih berhubung..Dan mereka sekarang ada yang menyambung belajar ke USM, UUM dan ada mengambil khusus di CIDB  bawahan Felda, ada yang bekerja..masing-masing ada haluan sendiri..Sebenarnya ada je lagi budak kelas yang tak masuk dalam gambar ini..
                                - Semoga semua memiliki kejayaan yang diimpikan-

SMILE


 
Penulisan pada kali ini saya hendak berkongsi berkaitan fakta mengenai tentang senyuman
Kanak-kanak sebenarnya lebih banyak senyum dan ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding orang dewasa wau senangnya hati kanak-kanak kan sampai 400 kali sehari ketawa jauh sekali dari masalah..Orang dewasa pula hanya 15 kali sehari, dari situ tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah mengalami masalah kemurungan..hehehe
Senyuman mampu merendahkan tekanan darah serta menambah kemasukkan oksigen dalam darah serta dapat merangsang proses penyembuhan luka pada tubuh.
Sebuah senyuman yang diakhiri dengan ketawa bakal mengaktifkan kimia badan. Ianya secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Seterusnya, senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, system pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa umpama mengurut organ dalaman dan menguatkan otot abdomen, merangsang  kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk kamu mempelajari sesuatu. 
Banyakkan faedah bila kita senyum hehe senyum juga adalah satu sedekah taw,  banyak-banyakkan lah bersenyum, senyum dapat mengurangkan keresahan..haa
    “Senyumlah-senyumlah wahai  che mek molek”

SUNNAH SEBELUM MAKAN


Kali ini saya hendak  berkongsi berkenaan dengan Sunnah sebelum makan…
Hendak makan perlu ada tatacara yang betul taw supaya kita terhindar daripada sakit perut, permakanan yang tidak hadam dan juga mengelakkan kita berkongsi makan dengan syaitan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya pekara yang tidak ingini antaranya ialah
Rasulullah mengajar kita untuk membasuh tangan sebelum makan dan selepas makan. Kita perlu membasuh tangan kerana tangan selalu terdedah dengan bakteria yang merbahaya.
Seterusnya sunnah membaca basmalah sebelum makan, kerana apabila kita tidak menyebut nama Allah maka syaitan akan makan bersama kita dan setelah selesai akhirinya dengan doa..
Memakan buah sebelum makan makanan yang berat, kita kadang-kadang memakan buah lepas makan, memakan buah lepas makan adalah amalan budaya barat tau.

Itu sahaja untuk penulisan kali ini..


 


KELEBIHAN BUAH LABU


Penulisan pada kali ini adalah melalui pembacaan saya dari buku Gen-Q , saya  tertarik  pada artikal berkenaan  buah labu yang ditulis oleh Ustaz Amly Asenar, melalui pembacaan terdapat banyak khasiat  yang ada pada buah labu, sebelum ini saya hanya mengetahui yang buah labu adalah makanan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat kelebihan pada buah labu dan bukan sahaja pada buah labu malahan pada daunnya juga terdapat kelebihan yang tersendiri..Daun buah labu boleh menghalau serangga terutamanya lalat, melalui kisah Nabi Yunus  Allah menumbuhkan di sekitar baginda pokok labu, maka daun-daunya dapat menutupi tubuhnya dan menyelamatkannya daripada dihurung serangga seperti lalat. Khasiat yang ada pada pokok labu dapat merawat sakit luaran seperti kulit baginda.
Buah labu mempunyai gizi yang baik untuk tubuh kerana memiliki 94% air, 1% protein, 4% karbohidrat dan sebagainya, buah labu juga boleh dimakan secara mentah, boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Jadi tidak salah menjadikan buah labu sebagai makanan harian hehehe..
 

Thursday, 30 May 2013

Selesai pembentangan Ac.comm

Alhamdulilah selesai sudah pembentangan untuk 'Academic Communication' petang tadi..
Tajuk pembentangan yang saya pilih adalah tentang Pencemaran Bunyi.
Maklumat yang terdapat dalam pembentangan itu tadi hanya memiliki tiga point penting iaitu sebab terjadinya pencemaran bunyi berlaku, kesan terhadap pencemaran bunyi dan yang ketiga adalah bagaimana untuk mengawal pencemaran bunyi..Bila dikaiji melalui artikel yang terdapat diinternet ternyata pendengaran memiliki tahap-tahap yang berbeza. Ada yang tahap yang terlalu kuat seperti 80-120 db yang boleh membawa kepada kerosakkan pendengaran. Selalunya tahap-tahap tinggi berada dikawasan perkilangan, pembinaandan lapangan terbang.

Kesan-kesan yang akan berlaku kepada manusia adalah kerosakkan pendengaran telinga, boleh menyebabkan penyakit kardivaskular, gangguan pada waktu tidur boleh menyebabkan tahap kemampuan untuk berkerja rendah. Jadi itulah antara pekara-pekara yang dibincangkan..
Dan dibawah ini terdapat gambar tentang tahap kekuatan bunyi, dari bawah adalah tahap yang rendah dan keatas adalah tahap kekuatan bunyi yang tinggi, tahap ini dikira sangatt berbahaya.




 

Tuesday, 28 May 2013

Pisang Goreng Filipina

Assalamualikum..

Penulisan pada kali ini adalah Pisang Goreng Filipina.
Baru sahaja saya mempelajarinya dan saya nak berkongsi kepada yang berminat.
Proses membuat pisang goreng ini tidaklah susah, malah ianya sangat mudah..hehe

Bahan-bahan yang perlu ada ialah :-

1) Buah Pisang
2) Kulit Popia
3) Gula
4) Minyak masak

Cara-caranya ialah :-

Pisang itu perlu disaluti dengan kulit popia sebelum mebungkus pisang itu kita perlu taburkan sedikit gula pada atas pisang tersebut..ingat jangan letak terlalu banyak kerana pisang dah manis..(bagi kulit popia beli yang mahal sikit supaya semasa goreng ianya tidak tertanggal) Cara pembalutannya seperti membuat popia.

Setelah selesai, pisang tersebut boleh dimasak dan masa memasak pun  tidak perlu terlalu lama.dan selesai boleh dihidang dan makan. Pastinya sedap..







 - RANGGUP DILUAR LEMBUT DIDALAM -  

(>.<)

Selamat Mencuba..

Pembentangan Power point sesi kedua -Bahagian 2-

Sambungan sesi pembentangan bagi hari kedua bagi sesi kedua yang berlangsung pada 16 Mei 2013 kira-kira pada pukul 11.30 pagi macam tu..

Pembentangan ini disambung oleh dua buah kumpulan yang memilih tajuk Paintball dan kalau tidak silap pembelian barangan secara 'online'..

Untuk tajuk paintball ianya lebih menerangkan tentang cara pemakaian, alatan yang digunakan semasa permainan dan peraturan dalam pemainan tersebut. Permainan ini adalah simulasi tempur yang bermanfaat untuk pengembangan diri, bila kita lihat dalam cara permainan ini ianya memberikan kita satu kemahiran dalam membentuk strategi. Permainan tempuran ini bukan menggunakan peluru tau tetapi menggunakan peluru berisi cat berwarna. Bila ada tanda warna pada pakaian kita, kita kalah dalam pentempuran itu.




Seterusnya adalah pembelian secara 'online'. Pembentangan ini dapat memberikan maklumat yang baik tentang pembelian secara 'online' kerana pembelian melalui kaedah ini ada kebaikan dan keburukannya, yang kita ketahui kebaikan nya adalah memudahkan kita dalam pembelian kerana kita tidak perlu bersusah payah  ke Pasaraya untuk membeli, dengan itu dapat menjimatkan masa.
Keburukanya  pula kurang menepati citarasa. Cara pembelian adalah terletak ditangan masing-masing jadi itu tidak salah kerana setiap manusia ada pendapat dan pandangan  masing-masing dalam pembelian.

Sunday, 26 May 2013

Pembentangan Untuk Sesi Kedua

Assalamualikum..

Penulisan kali ini adalah sambungan daripada tajuk pembetangan sesi pertama..

Pembentangan yang seterusnya pada 16 Mei 2013, Alhamdulilah kerana pembentangan pada kali kedua dapat dilaksanakan dengan lancar tapi ada jugak kesulitan  'sound' pada video yang ditayangkan..tidak mengapa kerana kesulitan itu dapat diatasi dengan cepat.

Pembentangan pada kali ini dapat dibentangkan sebanyak 8 buah kumpulan antaranya ialah :-

Kumpulan 11 - Membentangkan berkaitan dengan gubahan, semestinya seronok bila kita dapat mempelajari seni gubahan, mungkin seni gubahan agak sukar utuk dipelajari tetapi mudah untuk seseorang jika ada keinginan yang tinggi, sabar dan yang paling penting adalah kreatif..kalau tak ada itu hmm memang tidak  akan jadi..gubahan juga semestinya boleh buat duit..dengan meniaga, untungnya jika kita ada kemahiran itu.
Dalam pembentangan itu, gubahan selalunya dibuat jika ada majlis perkhawinan, pertunagan untuk hantaran itu dari aspek gubahan menggunakan bahan. Selain itu, gubahan juga boleh melalui irama muzik. 






Kumpulan 5 - Memilih tajuk berkaitann Kenangan sewaktu kanak-kanak..wah agak teruja juga sewaktu mendengar tajuk yang dipilih..bila teringatkan balik memang rindu permainan yang selalu dimain sewaktu saya zaman persekolahan rendah batu seremban, ceper (penutup botol), ting-ting, acah galah, cop-cop tiang..lucu sangat bila teringatkan permainan cop-cop tiang selalu main diwaktu sekolah pada waktu rehat..memang kelakar..lepas itu kartun yang selalu saya tonton seperti Keluang Man, anak-anak Sidek, Usop sontorian (dah lama keluar cerita kartun Usop sontorian tu) (>.<)..


Kumpulan 16 - Stres..adalah pilihan tajuk bagi kumpulan 16..hehehe memang kenalah tajuk lagi-lagi waktu hampir peperiksaan masa itu memang rasa sibuk denga siapkan kerja dan macam-macam lagi. Video yang ditayangkan  memang baik.

Kumpulan 10 - Penggunaan aplikasi telefon, maklumat yang bermanfaat bagi yang belum ada telefon pintar macam saya hehehe..zaman sekarang ini telefon sebegini sangat penting dan memudahkan kerana banyak fungsi yanng boleh digunakan.

Kumpulann  4 - Seterusnya adalah berkaitan pakaian Tradisional hehe, memang cantik olahan pada video yang ditayangkan kemas dan teratur. Pakaian Tradisi yang dibentangkan antaranya ialah kaum india, cina dan melayu.  Dna gambar dibawah menujukan pakaian Tradisional..




Kumpulan 7 - Memilih tajuk berkaitan coklat..hehehe tajuk coklat ini dipilih mengikut persetujuan kawan-kawan ahli kumpulan saya..pembentangan ini menerangkan apa itu coklat, jenis-jenis coklat, kandugan yang ada pada coklat, dan kelebihan juga keburukan coklat..memang tidak dinafikan coklat sering dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang sebab coklat memiliki rasa yang istimewa dan coklat juga menujukan simbol perasaan kasih sayang...





Kumpulan 6 - Pertolongan Cemas..Pelbagai perkara yang dikongsi dalam pembentangan ini antaranya ialah jenis-jenis ubatan, cara-cara pembalutan dan cara -cara penggunaan ubat juga pembalutannya sekali. Memang terbaik untuk kumpulan pembentangan ini..Selain itu, untuk sebagai penambahan kita pelu ada peralatan peti pertolongan cemas dan peralatan yang ada ialah kain aduh, kain pembalut kasa, gunting, larutan Flavin, larutan Antiseptik, kapas, krim antiseptik, penampal luka dan minyak kuda. Seloknya mesti ada dirumah dan didalam kereta dan perlu dipantau bahan-bahan didalamnyan agar sentiasa cukup dan masih elok untuk digunakan.





Okey sampai disini untuk pembentangan bagi sesi kedua kali ini..

Friday, 24 May 2013

Pembentangan power point sesi pertama

Assalamualikum..

Hari ini penulisan blog saya adalah berkenaan dengan pembentangan power point untuk subjek Aplikasi Komputer dan pembentangan ini dilakukan mengikut kumpulan.
Pada hari pertama untuk pembentangan Power point ini melibatkan dua buah ahli kumpulan sahaja selama 3 jam sebab apa sampai 3 jam ?? Kerana ada masalah teknikal yang sukar untuk dielakkan dan berlangsung pada hari khamis pada 9 mei 2013.  Jadi pengajaran dekat sini adalah kita perlu bersedia awal, perlu berfikir jauh tentang kemungkinan yang akan berlaku..
Bersedia awal seperti sebelum mula kuliah lihat dulu macam mana dengan slide Power point kita sama ada berjalan dengan lancar ke, on komputer dahulu, lihat pada peralatan yang akan digunakan sama ada berfungsi dengan baik atau tidak..Sekarang ini kita berbalik dengan pembentangan kumpulan..

Pembentangan kumpulan yang pertama memilih tajuk pantang larang kaum Melayu, India dan Cina, idea yang menarik..Tahniah kepada kumpulan ini kerana cara penyampaiannya adalah sangat jelas. Apa yang saya peroleh dari penerangan dalam pembentang ini adalah pantang larang ini merupakan kepercayaan yang asalnya adalah datang dari nenek moyang kita sendiri. Tujuan yang sebenarnya adalah untuk kita lebih berhati-hati akan kemungkinan yang berlaku sebab itu pantang larang selalunya dikaitkan dengan ayat-ayat yang menakutkan kita contoh yang diperoleh dari pembentangan ialah perempuan jangan duduk di tangan sebab takut rombongan peminangan tak menjadi..haah takut tak dengar macam itu mesti cepat-cepat bangun almakum takut peminangan tak menjadi, sebab yang sebenarnya bukan tak menjadi tapi mengelakan dari susah untuk orang lalu lintas di tangga dan satu lagi kan tak manis perempuan duduk ditangga hahaha..
Itu baru pantang larang kaum melayu..Memang tak dapat dinafikan rata-ratanya semua kaum memiliki pantang larang dan masih mempercayainya.. Antara pantang larang yang lain macam gambar dibawah hehehe.. 





Untuk pembentangan yang seterusnya ialah tentang KASUT..hmm tajuk yang berfaedah sebab dalam pembetangan ini memberi pendedahan berkaitan dengan jenis-jenis kasut dan penggunaan kasut yang sesuai.
Dapat jugak maklumat jenis kasut, sebelum ini saya hanya mengetahui beberapa jenis kasut sahaja bukan tak tahu tapi tak tahu nama panggilan untuk jenis kasut, sebelum ini saya hanya tahu kasut 'wedges, flat, kasut bertutup hahaha itu sahaja..yang lain hanya tahu gambaran je, namanya langsung tak tahu, hehehe dah lah tak tahu ..tak teringat pulak nak google..hehe.. Jadi selepas pembentangan ini dapat lah saya mengenalinya
Ini senarainya :-

1) Stiletto
2) Pumps
3) Kitten Heel
4) Boots
5) Sling Back  

Untuk olahan pada slide pembetangan ini sangat comel..(>.<)








Tuesday, 23 April 2013

Terbaik untuk hari ini...




Alhamdulilah..setelah lima hari tak ada air, akhirnya kembali air kepangkal saliran Kolej Ungku Omar..
penat tunggu air nak keluar, siap bangun pagi seawal pukul 5 pagi nak pergi bilik air sebab tak nak beratur panjang, dah macam bujang lapok dah nak kena tunggu giliran nak mandi hahaha..kelakar lah
Dan juga  cuaca  baik hari ini dah tak panas terik, sedang-sedang je..baru seronok nak buat apa-apa..
Mengantuk betullah tadi semasa PNP berjalan tersenguk-senguk, teruk betullah mata ni, nak cakap tidur tak cukup semalam hmm rasanye ok je 12 malam bangun 6.30 pagi kan-kan..hai lah mata cuba bertahan kalau kat kuliah tu susah nak tumpu betul-betul..hehe..
masa untuk hari ini panjang lagi harap ok-ok sahaja kan.. -jumpa lagi-

Personaliti seseorang melalui warna

Assalamualikum semua..

Hari ini saya nak kongsi berkenaan dengan personaliti seseorang melalui warna..kebanyakkan seseorang pasti ada warna kegemaran mereka sendiri kan..haaa melalui itu apa yang kita minat itu ada maksud yang tersendiri dalam personaliti diri kita..betul atau tidak itu tak pastilah kan bila sendiri baca, sendiri buat penilaian heeh..hehehe




warna :

Biru ini kan warna lembut jadi peminat biru adalah seorang yang setia, penyabar, berterus terang, jujur, cepat beri kemaafan tetapi seorang yang tegas..

Merah pula bagi saya dia adalah warna terang dan menampakan seseorang itu berani, mementingkan persahabatan, tidak mengemari persengketaan, mudah terganggu perasaan.

Merah jambu ini warna lebih kepada keperempuanan seorang yang tegas tetapi manja, mudah tersentuh dan menyimpan perasaan, seorang yang tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir, cepat marah tapi mudah reda.

Hijau pula setahu saya adalah salah satu warna kegemaran Nabi Muhammad..warna ini adalah seorang yang suka kan kedamaian, bermurah hati, berwaspada, berpendirian teguh, bijak berkomunikasi, daya pemikiran yang baik.

Kuning  menyukai ilmu, kalau minat ilmu mestilah gemar membaca, tekun dan cerdas, pendirian yang teguh dan lebih suka dengar pendapat orang lain.

Putih pula berperibadi yang positif, amanah, berkata benar, rendah hati dan bepegang teguh, suka menolong orang tetapi sukar untuk menerima bantuan..

Hitam prihatin, kuat menghadapi cabaran, degil dan berdikari, tidak mudah terpengaruh, baik hati tetapi cepat tersinggung..

Coklat pula seorang yang sopan, halus budi bahasa, matang, bertanggung jawab dan sukar memberi kepercayaan, sangat berhati-hati dan cerewet..

Selain itu, warna juga boleh memainkan peranan dalam pemakaian seseorang mengikut hari.

Jumaat - Hijau        Ahad - Hitam     Rabu - Biru
Sabtu - Merah       Isnin - Putih        Khamis - Kuning


Jalan-jalan 'The mines'

wahla...macam tak pernah berjalan lah..hehehe maklumlah berjalan adalah salah satu hobi saya, dah dapat apa lagi tunjukkanlah keceriaan hahaha..
Untuglah ada kawan yang sudi tunjukkan tempat-tempat yang seronok untuk berjalan, terima kasih kepada kawan ku suzana zuhairi sebab bawak berjalan-jalan ke The Mines...serius memang tak pernah pergi hehehe persekitaran yang menarik, pergi  ke situ rasa macam pergi bercuti pulak sebab bagi saya suasana dia menampakan macam pergi bercuti..almaklumlah orang kuala Lumpur bawak orang Johor berjalan-jalan..setahu saya dekat Johor mana lah ada bangunan pusat membeli belah ada air dalamnye, entah ek nak panggil sungai ke kolam ke apa pun dalam bangunan ada perairan..seronok, perjalanan saya kesana hanya  menaiki ktm dari ukm dan berhenti di Serdang harga untuk tambang tidak lah mahal mana pun hanya Rm 1.70 lepas tu seberang naik jejantas jalan kaki sikit dah sampai tak lah jauh mana pun hehe..balik pun sama cuma kelainan sikit balik saya menaiki bot yang di panggil' mines cruise' glamor tu nama dia hehehe..tiket nye dalam Rm 2.00 seorang bolelah merasa naik bot tu sampai jeti ktm..lepas nie bolelah kesana lagi sebab tak jauh dapat lah beli barang yang patut ke, hilang kan rasa yang tak patut, dengan pergi 'The mines' sahaja..       
- Best - 



atas bot

                          

Hilanglah rasa kesedihan

Assalamualikum...

Sedih Sebab.. teringat peristiwa-peristiwa yang lalu, bersedih hati kerana kata-kata seseorang, sedih bila berjauhan dari keluarga atau dengan orang yang kita sayang...sedih bila dikhianati oleh orang yang kita percaya, sedih dengan apa yang kita perolehi..Bersedih sentiasa  :(

   

Hmm janganlah sentiasa bersedih, bangun dari rasa kesediahan itu, kesian kan diri anda dari perasaan yang yang menghukum diri..bukan tak boleh bersedih, boleh bersedih dan menangis kerana menangis juga boleh memberi rasa ketenagan tetapi kalau menangis dan bersedih sentiasa bahaya lah hidup perlu di teruskan kalau sentaiasa dalam keadaan macam ini bahaya untuk kesihatan diri.. kan-kan  
Carilah jalan penyelesaian untuk mendapatkan ketenagan jangan zalimi diri dengan apa yang dah berlaku..
Banyak boleh kita lakukan, cara nya hadapi kenyataan itu dengan reda tidak perlu di tangisi sentiasa.. berdoa kepada Allah yang Maha mendengar yakin atas bantuan darinya..


Hidup ini tiada yang kebetulan semuanya yang wujud dan berlaku punya sebab dan tujuan. oleh itu, carilah hikmah dan pasti akan ketemui ketenagan dan kebahagian..
orite jangan bersedih-sedih tau ...

Membaca..

Membaca..kukukuhh..baca apa?
 nOvEl hahaha..macam tak ada kerja nak kena buat, punya banyak pekara yang perlu diselesaikan boleh sempat menelaah novel pinjaman dari kawan-kawan hahaha..kuat betul pengaruh novel kan..

seronok dapat baca novel untuk yang pertama kalinya bagi semester 2 hahahaha..tajuknya adalah Suamiku, encik perfect 10..hahaha lawak cerita, mana taknya selalunya tanggapan saya kaum wanita yang banyak mempercayai kata-kata orang tua tapi dalam novel nie dia yang banyak percaya pada kata-kata itu....
dah nama pun novel cintakan sudah semestinya banyak pekara tentang jodoh..hehehe
antara nya ialah

'Orang tua-tua kata jari kelengking lelaki sama dengan jari manis perempuan, kalau sama bermakna ada jodoh'..mungkin itu bagi yang sudah ada pasangan nye kot harap tak payah lah percaya sebab nya elak saiz tak sama hmm, kita putus (parah je) ingat yea, jodoh pertemuan bukan tangan manusia tapi dari Allah..itu wajib di yakini.. jadi ini sekadar perkongsian yang memang saya tak pernah dengar...
ada lagi 'orang kata kalau kita rindu seseorang itu bermakna dia rindu kita' !!haaa sudah  betul ke tu hmm apa-apa sahaja lah kan dunia nie macam-macam ada..siapa tau kan kekuasaan Allah yang sangat luas..hehe
 kalau berkenaan nak baca boleh je cari kat kedai buku...dan ini cover muka buku novel suamiku Encik perfect 10..





Sunday, 21 April 2013

satu minggu sudah berlalu

Alahai minggu ini, macam-macam kena buat ini yang boleh memyebabkan sters ni..mana tidaknya sudahlah baru lepas balik bercuti, kalau dah balik bercuti di rumah hmm dah fikir macam tak nak balik, hati pun masih dekat rumah lagi kan bagus kalau rumah abah dekat kawasan tempat saya belajar baru lah gembira sokmo..
semangat sentiasa..eii tak boleh jadi ni kalau layan perasaan ni alamat nye tak kesudah..
jadi apa yang perlu saya buat cari sesuatu yang boleh membahagiakan..macam mana tu hmm sendiri cari lah..

Minggu ini minggu peperiksaan, kerja banyak nak kena hantar lepas itu yang parah air boleh tak ada kalau satu hari  bolehlah diterima, nie sampai ketiga hari, nasib baik hari cuti..
tak apa lah kalau difikir kan balik biar lah sibuk sikit, susah sikit kan baru lah ada kelainan..jadi setiap apa yang berlaku minggu ini sangat lah memerlukan kesabaran yee..

Esok merupakan masuk minggu baru ..ohh tidak..asal pulak tidak,,kan bagus tu sepatutnya ucapan yang paling sesuai adalah Alahamdulilah..sebab masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan..hahaha..
apa lah yang akan berlaku pada minggu yang akan menjelma..kita lihat.

                -Dengan harapan minggu ini adalah yang terbaik dari yang lepas-

Wednesday, 17 April 2013

Indahanya sifat kesabaran itu..

Sabar adalah mutiara hidup, semakin besar kesabaran, semakin bersinar mutiaranya dan ianya adalah sebahagian daripada IMAN, 

Dimana bila ada sifat kesabaran, setiap ujian yang  menguji kesabaran kita, bila berjaya kesabaran itu akan dapat meningkatkan keikhlasan dalam hati...

Sebahagian Tips Usahawan

Assalamualikum..

Perkongsian mengenai Usahawan..
Sebenarnya, saya baru sahaja menghadiri satu ceramah mengenai usahawan sempena Karnival Menjana Pendapatan di kolej..Pelbagai pekara yang saya perolehi dari ceramah itu..

Apa yang perlu ada pada seorang Usahawan nie, haah sudah semestinya dia memerlukan seseorang yang mempunyai dorongan dalaman yang kuat -Dorongan dalaman yang kuat adalah merujuk kepada kekuatan fizikal dan mental, bijak, sentiasa bertenaga, berdisiplin, bersemangat yang mana kita perlu ada keyakinan diri yanag kita sentiasa dalam keadaan ' BOLEH '...hmm seorang usahawan boleh menjadi seorang peniaga tetapi seorang peniaga belum tentu boleh menjadi seorang usahawan..

Untuk menjadi seorang usahawan juga pelu menitiberatkan perkara-pekara yang mempengaruhi Spritual, Emosi dan IQ..

Spritual - Itu dari apa yang saya fahami adalah hubungan hati kita dengan yang Maha Esa..bila kita mempunyai hubungan yang baik dengan yang Maha Esa kita akan menjadi sentiasa berkerja keras dan jauh dari perasaan mengeluh..sebab kata Dr.irfan Khairi setiap pekara yang berlaku (negatif) jangan di pandang sebagai neagtif tetapi ambil pekara itu sebagai positif sebabnya apa-apa yang berlaku itu membantu kita kearah pekara yang lebih baik..

Emosi - Mesti bersemangat , boleh kawal emosi yang pentig jangan ada sifat munafik dan fasik bermakna perlu menjadi seorang yang jujur...

IQ - Mesti ada intelektual..

Melalui apa yang saya dapat tindakan untuk menjadi seorang usahawan adalah bermula mencari mentor, seterusnya boleh memulakan sebuah perniagaan yang penting kita tahu apa yang kita suka dan tahu untuk membuat sesuatu..


Sunday, 14 April 2013

Ke Pulau Aman

Ke Pulau Aman..? buat ape? hahaah..nak kongsi ni..

Saya ke Pulau Aman ni nak buat tugasan untuk akhir semester..
hmm..kenapa Pulau Aman? Sebab idea dari seorang kawan yang katanya tempat tu kurang pengunjung..dan semestinya saya tak pernah tahu langsung tentang Pulau tu..
Setuju dengan cadangan untuk melihat faktor pengunjung ke Pulau Aman saya satu kumpulan pergi.. Dahlah semua ahli kumpulan perempuan, lepas tu buat kajian ambil tempat kemain jauhnya..tapi tak apa kerana keberanian dan kerjasama antara kumpulan akhirnya tugasan itu berjaya diselesaikan.

Cerita sikit ...-Pulau Aman-  

Yang menarik nya di Pulau Aman dia merupakan satu perkampungan nelayan..kebanyakan penduduk di Pulau itu meraih pendapatan hasil daripada laut dan sumber yang boleh didapati di Pulau itu..antaranya adalah hasil tangkap laut, penjualan makanan, buka homestay, ternakan kerang, buka kilang belacan,ikan kering..dan macam-macam lagi..

Pulau Aman ini berdekatan di Bukit Tambun, Seberang Perai, Pulau Pinang..
Rata-rata penduduknya adalah melayu taw..bila nak kesana kena guna pengangkutan air iaitu   bot dengan harga tambang seorang RM4.00 sahaja..
Kebanyakkan pengunjung akan ke Pulau Aman pada sabtu dan ahad kerana untuk menikmati makanan laut..
anatara makanan yang pernah saya rasa adalah Mee udang..perhhh memang sedap rasa udang nya yang segar tu hahahah.
disana kita boleh berjalan-jalan, berbasikal, mandi pantai, berkayak, berkemah dan macam-macam lagi.
DAN..
ini dia gambar-gambar kami sewaktu di Pulau Aman..


Thursday, 11 April 2013

Di Taman tamadun Islam -Terengganu-

Seronoknya bila terkenangkan pergi rombongan berjalan-jalan bersama-sama kawan semasa mengambil diploma diSeberang Perai...huhuhu..ini dia sedikit gambar kenangan saya bersama kawan..


 Taman Tamadun Islam ini merupakan satu-satunya taman yang temanya bercirikan Islam yang pertama di dunia rasanya melalu bacaan saya iaitu dari segi kesenian rekaan bentuk serta kebudayaanya..
Terdapat bemacam-macam monumen yang ada di Taman Tamadun Islam..tidak rugi jikalau sesiapa ke tempat ini..bila masuk terasa macam ada di monumen luar negara hahaha..
Bayaran kemasukannya pun tidak lah begitu mahal..tetapi kalau ada yang rasa mahal, bila masuk puas hati..
Didalam Taman itu pelbagai kemudahan disediakan seperti jika rasa tak nak berjalan kaki, kita boleh menunggang basikal, naik train yang disediakan..kalau naik basikal rasanya kena caj bayaran sikit lah..
Memang agak penat bila berjalan sebab tempat tu besar..hehehe.
Agak teruja dapat pergi ke sini..akhirnya setelah lama di idamkan untuk ke taman ini dapat..hahaha..

Sunday, 24 March 2013

Resepi samabal udang yang simple...




yeaaa..dapat belajar masak udang sambal dengan sepupu saya..simple je dia ajar pastu cepat dihidangkan..
nak kongsi resepi nie hehehehe..

Bahan-bahanye..:

1. Bawang merah dan bawang putih (boleh hiris ikut suka kalau saya suka hiris hancur sikit)
2. asam jawa
3. gula dan garam
4. udang
5. jangan lupa minyak masak..
6. Sambal (boh cili yang dah siap)

Penyediaannye..:

1. Panaskan minyak..setelah itu masukkan hirisan bawang untuk ditumis..(pastikan tumisan bawang tidak hitam ye..)

2. Masukkan sambal dah gaulkan dia..

3. setelah itu masukkan udang ,gula dan garam..

4. Akhir sekali masukkan air asam jawa..lepas tu biar kan lama sedikit sehingga udang masak..( pastikan sambal udang sentiasa digaul hehehe..) 

5. siap boleh dihidang  

mudah tak cara nye...hehehe .bagi yang mahu mencuba silakan..tak sedap jangan lah marah ..










Saturday, 16 March 2013

Peringatan buat diriku dan teman2..



" Jika kamu inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dengan ilmu..Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah dengan ilmu..jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu.."

                                                                                 Imam Syafie...

Kan2..bertapa pentingnye ilmu untuk kita....
                                                           

Monday, 11 March 2013

Tips hilangkan rasa MENGANTUK...








Mesti rasa geram kan bila dalam kelas ada rasa mengatuk, nak buat tugasan ke atau apa-apa lahkan..puncanya adalah disebabkan tidak cukup tidur, kurang tenaga, tekanan emosi, penyakit kencing manis itu kalau ada memang rasa nak tidur sebabnya badan kita cepat rasa letih (bila gula dalam darah tinggi)hmm memang tidur jelah kerjanya..dan mungkin rasa bosan..

Jadi antara tips yang mungkin boleh menghilangkan rasa mengantuk jeng2..

1. Cuba hampiri dengan kawasan terang dengan cahaya lampu mungkin boleh segar kan mata..cara ini bila saya buat mujarab jugak..

2. Pergi washroom ape lagi basuh lah muka 2-3 kali..

3. Pasang lah lagu kegemaran anda mesti boleh hilangkan rasa yang mula boring lepas tu mengantok..hahahaha

4. Buatlah senaman ringan bila dah mula menguap tu kan..tapi kalau buat senaman hari-hari contoh jogging ke kan lagi lah badan dan otak akan rasa segar dan cergas,semestinya rasa nak mengatuk tu lamabat sikit datang nye..

5. Cuba baca selawat lebih kurang tiga kali lepas itu sapukan dekat bahagian kelopak mata..tu cara cikgu sekolah ajar..insyAllah mujarab sebab ape tau kadang-kadang setan tengah bergayut kat keopak mata kita sebab tu lah rasa mengantuk yang teramat..

Selamat mencuba..:)

Tuesday, 5 March 2013

Kucing Yang Malang




Nie adalah gambar Lofa ketika di hospital veterinar universiti (UPM)..
kesian tengok dia kan..terlantar macam tu tak dapat nak bermain-main..
Punca nye dia jatuh dari tingkat 5 aparment putrajaya...
Dia ditahan kat hospital sebab perlu menjalani pembedahan untuk besar kan lubang najis nye..
kos perubatan nye jugak agak mahal dalam ribu-ribu jugak..sayang punye pasal terpaksa lah korban sikit penat kot bela dia dari kecil dan tak sampai hati nak biarkan  dia begitu..
Kurus dia waktu nie..hope di cepat sembuh..memnag lah saye nie tak berapa berani dengan lofa nie tapi bila teringat kan  saye pernah berkejar-kejar terasa jugak sedih nye..semoga dia cepat sembuh..Lofa mesti kena kuat ok..

Sunday, 3 March 2013

Nilai Menentukan Cara Hidup

Ada sesuatu yang ingin saya kongsi bersama berkenaan dalam pembacaan di buku solusi yang berkaitan dengan nilai..best bila kita menghayati pembacaan itu..

Nilai itu sebenarnye adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang.
Dia boleh membantu kita untuk membuat keputusan yang terbaik dalam kehidupan sebenarnya nilai itu akan mempengaruhi emosi kita, sekiranya nilai yang kita pegangan itu  adalah nilai yang baik,betul dan benar..barualah maklumbalas yang kita terima itu baik..
Nilai pegangan seseorang menetukan apa yang dirasa penting dan sangat berharga dalam hidup.
Setiap orang mesti jelas dengan apa nilai yang dipegangnya, sekiranya mereka tidak tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup akan memyebabkan mereka kabur tentang erti kejayaan dan kebahagian.
Orang yang mengalami konflik nilai tidak akan rasa bahagia. Dia akan selalu berada dalam kondisi dan situasi yang serba salah dan serba tidak kena..
contohnya ialah, sewaktu kita sedang menghadapi masalah kewangan, tiba-tiba ada orang nak bagi rasuah kat kita jadi kita akan mengalami konflik dalam diri samada kita akan memilih kesenangan atau kejujuran?
jika kita berasa sukar untuk membuat pilihan itu menujukan bahawa kita masih tidak jelas tentang apa yang berharga dalam hidup ini.

Jadi untuk bahagia, berjaya dan tenang dalam hidup kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup..hehehe..


Wednesday, 27 February 2013

HaI SeMuA...

Assalamualikum Semua hehehehe..

Alhamdulilah..berjaya juga buat blog walaupun belum sempurna..hehehehe
tapi tak mengapa sebabnya ini adalah permulaan..yeee permulaan dan pekara yang baru untuk diri saya..
Dan ini adalah post yang pertama hahahaha..
Apa lagi perkenalkan diri lah kan,kan,kan..
OK..Nama Nur izyan binti Mohd Nor..Johor, Taman Universiti (tempat saye dilahirkan dan masih menetap di negeri yang sama..tak nak lah pindah sebab syok duduk kat situ..hehehe)..
Sekolah pun kat kawasan Taman u dari rendah samapai lah menegah..S.M.K.T.U.N..n lepas SPM dapat sambung ke Politeknik jauh tu kena campak tak disangkakan ke Pulau Pinang..
dan seterusnya ditakdirkan tempat yang agak berdekatan dengan negeri iaitu UKM..hahaha tak disangkakan   di tempat kan di sini...
oritee.. ini dahulu dari pada saye..(SENYUM SELALU)