Assalamualikum..
Penulisan pada kali ini adalah Pisang Goreng Filipina.
Baru sahaja saya mempelajarinya dan saya nak berkongsi kepada yang berminat.
Proses membuat pisang goreng ini tidaklah susah, malah ianya sangat mudah..hehe
Bahan-bahan yang perlu ada ialah :-
1) Buah Pisang
2) Kulit Popia
3) Gula
4) Minyak masak
Cara-caranya ialah :-
Pisang itu perlu disaluti dengan kulit popia sebelum mebungkus pisang itu kita perlu taburkan sedikit gula pada atas pisang tersebut..ingat jangan letak terlalu banyak kerana pisang dah manis..(bagi kulit popia beli yang mahal sikit supaya semasa goreng ianya tidak tertanggal) Cara pembalutannya seperti membuat popia.
Setelah selesai, pisang tersebut boleh dimasak dan masa memasak pun tidak perlu terlalu lama.dan selesai boleh dihidang dan makan. Pastinya sedap..
- RANGGUP DILUAR LEMBUT DIDALAM -
(>.<)
Selamat Mencuba..













No comments:
Post a Comment