JellyPages.com

Friday, 24 May 2013

Pembentangan power point sesi pertama

Assalamualikum..

Hari ini penulisan blog saya adalah berkenaan dengan pembentangan power point untuk subjek Aplikasi Komputer dan pembentangan ini dilakukan mengikut kumpulan.
Pada hari pertama untuk pembentangan Power point ini melibatkan dua buah ahli kumpulan sahaja selama 3 jam sebab apa sampai 3 jam ?? Kerana ada masalah teknikal yang sukar untuk dielakkan dan berlangsung pada hari khamis pada 9 mei 2013.  Jadi pengajaran dekat sini adalah kita perlu bersedia awal, perlu berfikir jauh tentang kemungkinan yang akan berlaku..
Bersedia awal seperti sebelum mula kuliah lihat dulu macam mana dengan slide Power point kita sama ada berjalan dengan lancar ke, on komputer dahulu, lihat pada peralatan yang akan digunakan sama ada berfungsi dengan baik atau tidak..Sekarang ini kita berbalik dengan pembentangan kumpulan..

Pembentangan kumpulan yang pertama memilih tajuk pantang larang kaum Melayu, India dan Cina, idea yang menarik..Tahniah kepada kumpulan ini kerana cara penyampaiannya adalah sangat jelas. Apa yang saya peroleh dari penerangan dalam pembentang ini adalah pantang larang ini merupakan kepercayaan yang asalnya adalah datang dari nenek moyang kita sendiri. Tujuan yang sebenarnya adalah untuk kita lebih berhati-hati akan kemungkinan yang berlaku sebab itu pantang larang selalunya dikaitkan dengan ayat-ayat yang menakutkan kita contoh yang diperoleh dari pembentangan ialah perempuan jangan duduk di tangan sebab takut rombongan peminangan tak menjadi..haah takut tak dengar macam itu mesti cepat-cepat bangun almakum takut peminangan tak menjadi, sebab yang sebenarnya bukan tak menjadi tapi mengelakan dari susah untuk orang lalu lintas di tangga dan satu lagi kan tak manis perempuan duduk ditangga hahaha..
Itu baru pantang larang kaum melayu..Memang tak dapat dinafikan rata-ratanya semua kaum memiliki pantang larang dan masih mempercayainya.. Antara pantang larang yang lain macam gambar dibawah hehehe.. 





Untuk pembentangan yang seterusnya ialah tentang KASUT..hmm tajuk yang berfaedah sebab dalam pembetangan ini memberi pendedahan berkaitan dengan jenis-jenis kasut dan penggunaan kasut yang sesuai.
Dapat jugak maklumat jenis kasut, sebelum ini saya hanya mengetahui beberapa jenis kasut sahaja bukan tak tahu tapi tak tahu nama panggilan untuk jenis kasut, sebelum ini saya hanya tahu kasut 'wedges, flat, kasut bertutup hahaha itu sahaja..yang lain hanya tahu gambaran je, namanya langsung tak tahu, hehehe dah lah tak tahu ..tak teringat pulak nak google..hehe.. Jadi selepas pembentangan ini dapat lah saya mengenalinya
Ini senarainya :-

1) Stiletto
2) Pumps
3) Kitten Heel
4) Boots
5) Sling Back  

Untuk olahan pada slide pembetangan ini sangat comel..(>.<)








No comments:

Post a Comment