JellyPages.com

Tuesday, 28 May 2013

Pembentangan Power point sesi kedua -Bahagian 2-

Sambungan sesi pembentangan bagi hari kedua bagi sesi kedua yang berlangsung pada 16 Mei 2013 kira-kira pada pukul 11.30 pagi macam tu..

Pembentangan ini disambung oleh dua buah kumpulan yang memilih tajuk Paintball dan kalau tidak silap pembelian barangan secara 'online'..

Untuk tajuk paintball ianya lebih menerangkan tentang cara pemakaian, alatan yang digunakan semasa permainan dan peraturan dalam pemainan tersebut. Permainan ini adalah simulasi tempur yang bermanfaat untuk pengembangan diri, bila kita lihat dalam cara permainan ini ianya memberikan kita satu kemahiran dalam membentuk strategi. Permainan tempuran ini bukan menggunakan peluru tau tetapi menggunakan peluru berisi cat berwarna. Bila ada tanda warna pada pakaian kita, kita kalah dalam pentempuran itu.




Seterusnya adalah pembelian secara 'online'. Pembentangan ini dapat memberikan maklumat yang baik tentang pembelian secara 'online' kerana pembelian melalui kaedah ini ada kebaikan dan keburukannya, yang kita ketahui kebaikan nya adalah memudahkan kita dalam pembelian kerana kita tidak perlu bersusah payah  ke Pasaraya untuk membeli, dengan itu dapat menjimatkan masa.
Keburukanya  pula kurang menepati citarasa. Cara pembelian adalah terletak ditangan masing-masing jadi itu tidak salah kerana setiap manusia ada pendapat dan pandangan  masing-masing dalam pembelian.

No comments:

Post a Comment