JellyPages.com

Tuesday, 4 June 2013

KELEBIHAN BUAH LABU


Penulisan pada kali ini adalah melalui pembacaan saya dari buku Gen-Q , saya  tertarik  pada artikal berkenaan  buah labu yang ditulis oleh Ustaz Amly Asenar, melalui pembacaan terdapat banyak khasiat  yang ada pada buah labu, sebelum ini saya hanya mengetahui yang buah labu adalah makanan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat kelebihan pada buah labu dan bukan sahaja pada buah labu malahan pada daunnya juga terdapat kelebihan yang tersendiri..Daun buah labu boleh menghalau serangga terutamanya lalat, melalui kisah Nabi Yunus  Allah menumbuhkan di sekitar baginda pokok labu, maka daun-daunya dapat menutupi tubuhnya dan menyelamatkannya daripada dihurung serangga seperti lalat. Khasiat yang ada pada pokok labu dapat merawat sakit luaran seperti kulit baginda.
Buah labu mempunyai gizi yang baik untuk tubuh kerana memiliki 94% air, 1% protein, 4% karbohidrat dan sebagainya, buah labu juga boleh dimakan secara mentah, boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Jadi tidak salah menjadikan buah labu sebagai makanan harian hehehe..
 

No comments:

Post a Comment