JellyPages.com

Tuesday, 4 June 2013

SMILE


 
Penulisan pada kali ini saya hendak berkongsi berkaitan fakta mengenai tentang senyuman
Kanak-kanak sebenarnya lebih banyak senyum dan ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding orang dewasa wau senangnya hati kanak-kanak kan sampai 400 kali sehari ketawa jauh sekali dari masalah..Orang dewasa pula hanya 15 kali sehari, dari situ tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah mengalami masalah kemurungan..hehehe
Senyuman mampu merendahkan tekanan darah serta menambah kemasukkan oksigen dalam darah serta dapat merangsang proses penyembuhan luka pada tubuh.
Sebuah senyuman yang diakhiri dengan ketawa bakal mengaktifkan kimia badan. Ianya secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Seterusnya, senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, system pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa umpama mengurut organ dalaman dan menguatkan otot abdomen, merangsang  kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk kamu mempelajari sesuatu. 
Banyakkan faedah bila kita senyum hehe senyum juga adalah satu sedekah taw,  banyak-banyakkan lah bersenyum, senyum dapat mengurangkan keresahan..haa
    “Senyumlah-senyumlah wahai  che mek molek”

No comments:

Post a Comment