JellyPages.com

Sunday, 3 March 2013

Nilai Menentukan Cara Hidup

Ada sesuatu yang ingin saya kongsi bersama berkenaan dalam pembacaan di buku solusi yang berkaitan dengan nilai..best bila kita menghayati pembacaan itu..

Nilai itu sebenarnye adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang.
Dia boleh membantu kita untuk membuat keputusan yang terbaik dalam kehidupan sebenarnya nilai itu akan mempengaruhi emosi kita, sekiranya nilai yang kita pegangan itu  adalah nilai yang baik,betul dan benar..barualah maklumbalas yang kita terima itu baik..
Nilai pegangan seseorang menetukan apa yang dirasa penting dan sangat berharga dalam hidup.
Setiap orang mesti jelas dengan apa nilai yang dipegangnya, sekiranya mereka tidak tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup akan memyebabkan mereka kabur tentang erti kejayaan dan kebahagian.
Orang yang mengalami konflik nilai tidak akan rasa bahagia. Dia akan selalu berada dalam kondisi dan situasi yang serba salah dan serba tidak kena..
contohnya ialah, sewaktu kita sedang menghadapi masalah kewangan, tiba-tiba ada orang nak bagi rasuah kat kita jadi kita akan mengalami konflik dalam diri samada kita akan memilih kesenangan atau kejujuran?
jika kita berasa sukar untuk membuat pilihan itu menujukan bahawa kita masih tidak jelas tentang apa yang berharga dalam hidup ini.

Jadi untuk bahagia, berjaya dan tenang dalam hidup kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup..hehehe..


No comments:

Post a Comment