Ke Pulau Aman..? buat ape? hahaah..nak kongsi ni..
Saya ke Pulau Aman ni nak buat tugasan untuk akhir semester..
hmm..kenapa Pulau Aman? Sebab idea dari seorang kawan yang katanya tempat tu kurang pengunjung..dan semestinya saya tak pernah tahu langsung tentang Pulau tu..
Setuju dengan cadangan untuk melihat faktor pengunjung ke Pulau Aman saya satu kumpulan pergi.. Dahlah semua ahli kumpulan perempuan, lepas tu buat kajian ambil tempat kemain jauhnya..tapi tak apa kerana keberanian dan kerjasama antara kumpulan akhirnya tugasan itu berjaya diselesaikan.
Cerita sikit ...-Pulau Aman-
Yang menarik nya di Pulau Aman dia merupakan satu perkampungan nelayan..kebanyakan penduduk di Pulau itu meraih pendapatan hasil daripada laut dan sumber yang boleh didapati di Pulau itu..antaranya adalah hasil tangkap laut, penjualan makanan, buka homestay, ternakan kerang, buka kilang belacan,ikan kering..dan macam-macam lagi..
Pulau Aman ini berdekatan di Bukit Tambun, Seberang Perai, Pulau Pinang..
Rata-rata penduduknya adalah melayu taw..bila nak kesana kena guna pengangkutan air iaitu bot dengan harga tambang seorang RM4.00 sahaja..
Kebanyakkan pengunjung akan ke Pulau Aman pada sabtu dan ahad kerana untuk menikmati makanan laut..
anatara makanan yang pernah saya rasa adalah Mee udang..perhhh memang sedap rasa udang nya yang segar tu hahahah.
disana kita boleh berjalan-jalan, berbasikal, mandi pantai, berkayak, berkemah dan macam-macam lagi.
DAN..
ini dia gambar-gambar kami sewaktu di Pulau Aman..











No comments:
Post a Comment