Assalamualikum..
Penulisan kali ini adalah sambungan daripada tajuk pembetangan sesi pertama..
Pembentangan yang seterusnya pada 16 Mei 2013, Alhamdulilah kerana pembentangan pada kali kedua dapat dilaksanakan dengan lancar tapi ada jugak kesulitan 'sound' pada video yang ditayangkan..tidak mengapa kerana kesulitan itu dapat diatasi dengan cepat.
Pembentangan pada kali ini dapat dibentangkan sebanyak 8 buah kumpulan antaranya ialah :-
Kumpulan 11 - Membentangkan berkaitan dengan gubahan, semestinya seronok bila kita dapat mempelajari seni gubahan, mungkin seni gubahan agak sukar utuk dipelajari tetapi mudah untuk seseorang jika ada keinginan yang tinggi, sabar dan yang paling penting adalah kreatif..kalau tak ada itu hmm memang tidak akan jadi..gubahan juga semestinya boleh buat duit..dengan meniaga, untungnya jika kita ada kemahiran itu.
Dalam pembentangan itu, gubahan selalunya dibuat jika ada majlis perkhawinan, pertunagan untuk hantaran itu dari aspek gubahan menggunakan bahan. Selain itu, gubahan juga boleh melalui irama muzik.
Kumpulan 5 - Memilih tajuk berkaitann Kenangan sewaktu kanak-kanak..wah agak teruja juga sewaktu mendengar tajuk yang dipilih..bila teringatkan balik memang rindu permainan yang selalu dimain sewaktu saya zaman persekolahan rendah batu seremban, ceper (penutup botol), ting-ting, acah galah, cop-cop tiang..lucu sangat bila teringatkan permainan cop-cop tiang selalu main diwaktu sekolah pada waktu rehat..memang kelakar..lepas itu kartun yang selalu saya tonton seperti Keluang Man, anak-anak Sidek, Usop sontorian (dah lama keluar cerita kartun Usop sontorian tu) (>.<)..
Kumpulan 16 - Stres..adalah pilihan tajuk bagi kumpulan 16..hehehe memang kenalah tajuk lagi-lagi waktu hampir peperiksaan masa itu memang rasa sibuk denga siapkan kerja dan macam-macam lagi. Video yang ditayangkan memang baik.
Kumpulan 10 - Penggunaan aplikasi telefon, maklumat yang bermanfaat bagi yang belum ada telefon pintar macam saya hehehe..zaman sekarang ini telefon sebegini sangat penting dan memudahkan kerana banyak fungsi yanng boleh digunakan.
Kumpulann 4 - Seterusnya adalah berkaitan pakaian Tradisional hehe, memang cantik olahan pada video yang ditayangkan kemas dan teratur. Pakaian Tradisi yang dibentangkan antaranya ialah kaum india, cina dan melayu. Dna gambar dibawah menujukan pakaian Tradisional..
Kumpulan 7 - Memilih tajuk berkaitan coklat..hehehe tajuk coklat ini dipilih mengikut persetujuan kawan-kawan ahli kumpulan saya..pembentangan ini menerangkan apa itu coklat, jenis-jenis coklat, kandugan yang ada pada coklat, dan kelebihan juga keburukan coklat..memang tidak dinafikan coklat sering dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang sebab coklat memiliki rasa yang istimewa dan coklat juga menujukan simbol perasaan kasih sayang...
Kumpulan 6 - Pertolongan Cemas..Pelbagai perkara yang dikongsi dalam pembentangan ini antaranya ialah jenis-jenis ubatan, cara-cara pembalutan dan cara -cara penggunaan ubat juga pembalutannya sekali. Memang terbaik untuk kumpulan pembentangan ini..Selain itu, untuk sebagai penambahan kita pelu ada peralatan peti pertolongan cemas dan peralatan yang ada ialah kain aduh, kain pembalut kasa, gunting, larutan Flavin, larutan Antiseptik, kapas, krim antiseptik, penampal luka dan minyak kuda. Seloknya mesti ada dirumah dan didalam kereta dan perlu dipantau bahan-bahan didalamnyan agar sentiasa cukup dan masih elok untuk digunakan.
Okey sampai disini untuk pembentangan bagi sesi kedua kali ini..