JellyPages.com

Tuesday, 4 June 2013

Penjagaan kuku


Baiklah  saya nak berkongsi tentang penjagaan kuku, bukan setakat muka sahaja tau kena jaga kuku pun perlu dijaga lagi-lagi kuku kaki ramai yang mengabaikan penjagaan kuku kerana menganggap kuku tidak akan menimbulkan masalah haah pemikiran yang salah tu, elakkan kaki anda dari berbau…hehehe
 
Penjagaan kuku tidak semestinya kena pergi spa sebaliknya boleh diamalkan di rumah sahaja.
 
Cara-caranya ialah sediakan sebiji buah lemon dan campurkan dengan air suam bukan air panas tau. Rendamkan tangan ke dalam bekas air yang disi lemon itu tadi selama 15 minit dan kemudian gosokkan kuku dengan menggunakan hirisan lemon. Setelah selesai bilaskan kuku dengan air dan seterusnya lapkan dengan kain bersih. Boleh diamalkan petua ini seminggu. Dan dibawah ada imej potong kuku ikut Sunnah Nabi..

 
 
                              MENJAGA KEBERSIHAN  ADALAH SUNNAH RASULULLAH

PENGHAYATAN


APABILA SUKA, PERLU USAHA, SUPAYA TIDAK BERDUKA SETELAH MENCUBA.
APABILA SUKA, PERLU BERSUNGGUH, SUPAYA TIDAK KECEWA JIKA TERJATUH.
APABILA SUKA, PERLU PERTOLONGAN,  SUPAYA TIDAK KESEORANGAN APABILA KEGAGALAN.

Kisah Nenek KU..

 
Ada lagi satu cerita kisah tentang nenek saya yang baru nak belajar bawak motorsikal..nenek saya pun naik atas motosikal dan mula untuk hidupkan enjin dan memulaskan minyak, seterusnya nenek saya memasukkan class yang pertama  dan pada masa tu nenek saya terpulas minyak sehabisnya apalagi motornya pecut dengan laju..dan pada masa itu nenek say a bole berkata JANGAN TOLAK-JANGAN TOLAK LAGI NIE DAH LAJU padahal takade sesiapa yang tolak.. Memang merbahaya siap jiran sebelah menyebelah  terjun untuk selamatkan nenek saya..mujur dengan kuasa Yang Maha Esa kalau motor lama tak masuk class kedua akan mati kan, hampir sampai anjung rumah jiran depan motor  termati dengan sendirinya, kalau tidak tak tau lah macam mana keadaannya.. lepas selamat dari kejadian itu nenek pun mengeluarkan celotehnya kenapa tolak laju sangat kan bahaya….hahaha kenangan ini diimbas kembali bersama nenek saya dan saudara mara yang hadir pada majlis doa kesyukuran di Putrajaya masa 25.05.2013..Walaupun tinggal kenangan bila diimbas balik semua tepuk dahi hahaha..

Suatu Masa Dahulu


Ehem,ehem..nak kongsi cerita-cerita dulu kisah yang sangat mecuit hati hahaha..
Ceritanya macam ini masa tu kami berkumpul bersama-sama sanak saudara yang lain duduk depan halaman rumah kat kampung duk tengah berbual adalah salah satu mak cik saya terbesin dengan sekuat hatinya sampai apa tercabut gigi palsunya tercampak kat depan sepupu saya umur budak tu 2 tahun, Mak cik saya pasang lah balik giginya masa pasang boleh pulak sepupu saya menangis semahu-mahunya
 Suruh apa tau, tanggalkan balik gigi tu kelakarlah boleh suruh tanggalkan balik ingatkan menangis sebab terkejut ke apa..habis tu nak suruh diam punya pasal mak cik saya terpaksa tanggalkan sampai lah budak tu diam..Begitulah ceritnya.

Anda Bosan??


 ORITE..nak berkongsi tentang buang kebosanan dan kembalikan semangat baru..YES
Setelah sekian lama kita melakukan aktiviti yang sama, ditambah dengan tekanan yang berpunca dari masalah yang dating dari pelbagai sudut ceh2..apa lah tu..takpe-takpe..kita teruskan  mungkin akan terbit rasa bosankan, boleh diatasi semua tu..mai-mai kita bincangkan..
Pertama sekali ialah meghilangkan diri seketika tak perlulah sampai seminggu, guna tiga hari pun dah memadai. Sepanjang cuti kita tak perlu menjawab panggilan atau berbincang pekara yang merungsingkan agar fikiran kita tidak kusut..Masa itu penuh cuti anda denga pekara yang anda teringin anda lakukan.
Keduanya ubah sikap dan gaya, ok caranya ialah ubah pandangan anda dan cuba tanamkan dalam diri yang anda tidak bosan dengan kerja yang dilakukan, ataupun ubah posisi tempat dan juga cuba tambahkan keceriaan seperti ada warna yang menaikkan ‘mood’ anda.
Ketiga luaskan pergaulan, elakkan diri daripada hanya berkawan dengan orang sama sebaliknya cuba bersikap mesra dan ramah kepada semua orang.
Dan yang terakhir adalah mengenangkan kesukaran dan kejayaan, mungkin ada yang terpaksa menunggu berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk mendapatkan sesuatu. Andai pekara ini dilalui, mengapa harus disia-siakan pengorbanan dan berputus asa hanya kerana sudah bosan. Jadi dalam keadaan bosan, anda mungkin boleh mengimbau kembali kenangan itu. Senyuman terukir pasti dapat mengembalikan semangat anda agar meneruskan perjuangan. 
Sampai disitu celotehannya hehehe..

Kenangan bersama teman Sekelas


 
 


Haaah nak bagi tahu gambar diatas adalah gambar kenangan saya dengan kawan-kawan  sekelas di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang hehehe rindu sangat dengan mereka..Ingat lagi berkongsi rumah dengan Sembilan orang budak kelas punya lah ramai hehehe…mereka semua satu bidang dengan saya..ratanya adalah dari johor, ada johor dari daerah Batu Pahat, Segamat, Kota Tinggi,Pasir Gudang dan saya sendiri dari Skudai. Selebihnya ada yang dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Selangor dan Seremban…Alhamdulilah walaupun kami semua berjauhan  tapi kami masih berhubung..Dan mereka sekarang ada yang menyambung belajar ke USM, UUM dan ada mengambil khusus di CIDB  bawahan Felda, ada yang bekerja..masing-masing ada haluan sendiri..Sebenarnya ada je lagi budak kelas yang tak masuk dalam gambar ini..
                                - Semoga semua memiliki kejayaan yang diimpikan-

SMILE


 
Penulisan pada kali ini saya hendak berkongsi berkaitan fakta mengenai tentang senyuman
Kanak-kanak sebenarnya lebih banyak senyum dan ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding orang dewasa wau senangnya hati kanak-kanak kan sampai 400 kali sehari ketawa jauh sekali dari masalah..Orang dewasa pula hanya 15 kali sehari, dari situ tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah mengalami masalah kemurungan..hehehe
Senyuman mampu merendahkan tekanan darah serta menambah kemasukkan oksigen dalam darah serta dapat merangsang proses penyembuhan luka pada tubuh.
Sebuah senyuman yang diakhiri dengan ketawa bakal mengaktifkan kimia badan. Ianya secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Seterusnya, senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, system pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa umpama mengurut organ dalaman dan menguatkan otot abdomen, merangsang  kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk kamu mempelajari sesuatu. 
Banyakkan faedah bila kita senyum hehe senyum juga adalah satu sedekah taw,  banyak-banyakkan lah bersenyum, senyum dapat mengurangkan keresahan..haa
    “Senyumlah-senyumlah wahai  che mek molek”

SUNNAH SEBELUM MAKAN


Kali ini saya hendak  berkongsi berkenaan dengan Sunnah sebelum makan…
Hendak makan perlu ada tatacara yang betul taw supaya kita terhindar daripada sakit perut, permakanan yang tidak hadam dan juga mengelakkan kita berkongsi makan dengan syaitan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya pekara yang tidak ingini antaranya ialah
Rasulullah mengajar kita untuk membasuh tangan sebelum makan dan selepas makan. Kita perlu membasuh tangan kerana tangan selalu terdedah dengan bakteria yang merbahaya.
Seterusnya sunnah membaca basmalah sebelum makan, kerana apabila kita tidak menyebut nama Allah maka syaitan akan makan bersama kita dan setelah selesai akhirinya dengan doa..
Memakan buah sebelum makan makanan yang berat, kita kadang-kadang memakan buah lepas makan, memakan buah lepas makan adalah amalan budaya barat tau.

Itu sahaja untuk penulisan kali ini..


 


KELEBIHAN BUAH LABU


Penulisan pada kali ini adalah melalui pembacaan saya dari buku Gen-Q , saya  tertarik  pada artikal berkenaan  buah labu yang ditulis oleh Ustaz Amly Asenar, melalui pembacaan terdapat banyak khasiat  yang ada pada buah labu, sebelum ini saya hanya mengetahui yang buah labu adalah makanan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat kelebihan pada buah labu dan bukan sahaja pada buah labu malahan pada daunnya juga terdapat kelebihan yang tersendiri..Daun buah labu boleh menghalau serangga terutamanya lalat, melalui kisah Nabi Yunus  Allah menumbuhkan di sekitar baginda pokok labu, maka daun-daunya dapat menutupi tubuhnya dan menyelamatkannya daripada dihurung serangga seperti lalat. Khasiat yang ada pada pokok labu dapat merawat sakit luaran seperti kulit baginda.
Buah labu mempunyai gizi yang baik untuk tubuh kerana memiliki 94% air, 1% protein, 4% karbohidrat dan sebagainya, buah labu juga boleh dimakan secara mentah, boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Jadi tidak salah menjadikan buah labu sebagai makanan harian hehehe..