JellyPages.com

Tuesday, 4 June 2013

Penjagaan kuku


Baiklah  saya nak berkongsi tentang penjagaan kuku, bukan setakat muka sahaja tau kena jaga kuku pun perlu dijaga lagi-lagi kuku kaki ramai yang mengabaikan penjagaan kuku kerana menganggap kuku tidak akan menimbulkan masalah haah pemikiran yang salah tu, elakkan kaki anda dari berbau…hehehe
 
Penjagaan kuku tidak semestinya kena pergi spa sebaliknya boleh diamalkan di rumah sahaja.
 
Cara-caranya ialah sediakan sebiji buah lemon dan campurkan dengan air suam bukan air panas tau. Rendamkan tangan ke dalam bekas air yang disi lemon itu tadi selama 15 minit dan kemudian gosokkan kuku dengan menggunakan hirisan lemon. Setelah selesai bilaskan kuku dengan air dan seterusnya lapkan dengan kain bersih. Boleh diamalkan petua ini seminggu. Dan dibawah ada imej potong kuku ikut Sunnah Nabi..

 
 
                              MENJAGA KEBERSIHAN  ADALAH SUNNAH RASULULLAH

PENGHAYATAN


APABILA SUKA, PERLU USAHA, SUPAYA TIDAK BERDUKA SETELAH MENCUBA.
APABILA SUKA, PERLU BERSUNGGUH, SUPAYA TIDAK KECEWA JIKA TERJATUH.
APABILA SUKA, PERLU PERTOLONGAN,  SUPAYA TIDAK KESEORANGAN APABILA KEGAGALAN.

Kisah Nenek KU..

 
Ada lagi satu cerita kisah tentang nenek saya yang baru nak belajar bawak motorsikal..nenek saya pun naik atas motosikal dan mula untuk hidupkan enjin dan memulaskan minyak, seterusnya nenek saya memasukkan class yang pertama  dan pada masa tu nenek saya terpulas minyak sehabisnya apalagi motornya pecut dengan laju..dan pada masa itu nenek say a bole berkata JANGAN TOLAK-JANGAN TOLAK LAGI NIE DAH LAJU padahal takade sesiapa yang tolak.. Memang merbahaya siap jiran sebelah menyebelah  terjun untuk selamatkan nenek saya..mujur dengan kuasa Yang Maha Esa kalau motor lama tak masuk class kedua akan mati kan, hampir sampai anjung rumah jiran depan motor  termati dengan sendirinya, kalau tidak tak tau lah macam mana keadaannya.. lepas selamat dari kejadian itu nenek pun mengeluarkan celotehnya kenapa tolak laju sangat kan bahaya….hahaha kenangan ini diimbas kembali bersama nenek saya dan saudara mara yang hadir pada majlis doa kesyukuran di Putrajaya masa 25.05.2013..Walaupun tinggal kenangan bila diimbas balik semua tepuk dahi hahaha..