JellyPages.com

Tuesday, 23 April 2013

Terbaik untuk hari ini...




Alhamdulilah..setelah lima hari tak ada air, akhirnya kembali air kepangkal saliran Kolej Ungku Omar..
penat tunggu air nak keluar, siap bangun pagi seawal pukul 5 pagi nak pergi bilik air sebab tak nak beratur panjang, dah macam bujang lapok dah nak kena tunggu giliran nak mandi hahaha..kelakar lah
Dan juga  cuaca  baik hari ini dah tak panas terik, sedang-sedang je..baru seronok nak buat apa-apa..
Mengantuk betullah tadi semasa PNP berjalan tersenguk-senguk, teruk betullah mata ni, nak cakap tidur tak cukup semalam hmm rasanye ok je 12 malam bangun 6.30 pagi kan-kan..hai lah mata cuba bertahan kalau kat kuliah tu susah nak tumpu betul-betul..hehe..
masa untuk hari ini panjang lagi harap ok-ok sahaja kan.. -jumpa lagi-

Personaliti seseorang melalui warna

Assalamualikum semua..

Hari ini saya nak kongsi berkenaan dengan personaliti seseorang melalui warna..kebanyakkan seseorang pasti ada warna kegemaran mereka sendiri kan..haaa melalui itu apa yang kita minat itu ada maksud yang tersendiri dalam personaliti diri kita..betul atau tidak itu tak pastilah kan bila sendiri baca, sendiri buat penilaian heeh..hehehe




warna :

Biru ini kan warna lembut jadi peminat biru adalah seorang yang setia, penyabar, berterus terang, jujur, cepat beri kemaafan tetapi seorang yang tegas..

Merah pula bagi saya dia adalah warna terang dan menampakan seseorang itu berani, mementingkan persahabatan, tidak mengemari persengketaan, mudah terganggu perasaan.

Merah jambu ini warna lebih kepada keperempuanan seorang yang tegas tetapi manja, mudah tersentuh dan menyimpan perasaan, seorang yang tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir, cepat marah tapi mudah reda.

Hijau pula setahu saya adalah salah satu warna kegemaran Nabi Muhammad..warna ini adalah seorang yang suka kan kedamaian, bermurah hati, berwaspada, berpendirian teguh, bijak berkomunikasi, daya pemikiran yang baik.

Kuning  menyukai ilmu, kalau minat ilmu mestilah gemar membaca, tekun dan cerdas, pendirian yang teguh dan lebih suka dengar pendapat orang lain.

Putih pula berperibadi yang positif, amanah, berkata benar, rendah hati dan bepegang teguh, suka menolong orang tetapi sukar untuk menerima bantuan..

Hitam prihatin, kuat menghadapi cabaran, degil dan berdikari, tidak mudah terpengaruh, baik hati tetapi cepat tersinggung..

Coklat pula seorang yang sopan, halus budi bahasa, matang, bertanggung jawab dan sukar memberi kepercayaan, sangat berhati-hati dan cerewet..

Selain itu, warna juga boleh memainkan peranan dalam pemakaian seseorang mengikut hari.

Jumaat - Hijau        Ahad - Hitam     Rabu - Biru
Sabtu - Merah       Isnin - Putih        Khamis - Kuning


Jalan-jalan 'The mines'

wahla...macam tak pernah berjalan lah..hehehe maklumlah berjalan adalah salah satu hobi saya, dah dapat apa lagi tunjukkanlah keceriaan hahaha..
Untuglah ada kawan yang sudi tunjukkan tempat-tempat yang seronok untuk berjalan, terima kasih kepada kawan ku suzana zuhairi sebab bawak berjalan-jalan ke The Mines...serius memang tak pernah pergi hehehe persekitaran yang menarik, pergi  ke situ rasa macam pergi bercuti pulak sebab bagi saya suasana dia menampakan macam pergi bercuti..almaklumlah orang kuala Lumpur bawak orang Johor berjalan-jalan..setahu saya dekat Johor mana lah ada bangunan pusat membeli belah ada air dalamnye, entah ek nak panggil sungai ke kolam ke apa pun dalam bangunan ada perairan..seronok, perjalanan saya kesana hanya  menaiki ktm dari ukm dan berhenti di Serdang harga untuk tambang tidak lah mahal mana pun hanya Rm 1.70 lepas tu seberang naik jejantas jalan kaki sikit dah sampai tak lah jauh mana pun hehe..balik pun sama cuma kelainan sikit balik saya menaiki bot yang di panggil' mines cruise' glamor tu nama dia hehehe..tiket nye dalam Rm 2.00 seorang bolelah merasa naik bot tu sampai jeti ktm..lepas nie bolelah kesana lagi sebab tak jauh dapat lah beli barang yang patut ke, hilang kan rasa yang tak patut, dengan pergi 'The mines' sahaja..       
- Best - 



atas bot

                          

Hilanglah rasa kesedihan

Assalamualikum...

Sedih Sebab.. teringat peristiwa-peristiwa yang lalu, bersedih hati kerana kata-kata seseorang, sedih bila berjauhan dari keluarga atau dengan orang yang kita sayang...sedih bila dikhianati oleh orang yang kita percaya, sedih dengan apa yang kita perolehi..Bersedih sentiasa  :(

   

Hmm janganlah sentiasa bersedih, bangun dari rasa kesediahan itu, kesian kan diri anda dari perasaan yang yang menghukum diri..bukan tak boleh bersedih, boleh bersedih dan menangis kerana menangis juga boleh memberi rasa ketenagan tetapi kalau menangis dan bersedih sentiasa bahaya lah hidup perlu di teruskan kalau sentaiasa dalam keadaan macam ini bahaya untuk kesihatan diri.. kan-kan  
Carilah jalan penyelesaian untuk mendapatkan ketenagan jangan zalimi diri dengan apa yang dah berlaku..
Banyak boleh kita lakukan, cara nya hadapi kenyataan itu dengan reda tidak perlu di tangisi sentiasa.. berdoa kepada Allah yang Maha mendengar yakin atas bantuan darinya..


Hidup ini tiada yang kebetulan semuanya yang wujud dan berlaku punya sebab dan tujuan. oleh itu, carilah hikmah dan pasti akan ketemui ketenagan dan kebahagian..
orite jangan bersedih-sedih tau ...

Membaca..

Membaca..kukukuhh..baca apa?
 nOvEl hahaha..macam tak ada kerja nak kena buat, punya banyak pekara yang perlu diselesaikan boleh sempat menelaah novel pinjaman dari kawan-kawan hahaha..kuat betul pengaruh novel kan..

seronok dapat baca novel untuk yang pertama kalinya bagi semester 2 hahahaha..tajuknya adalah Suamiku, encik perfect 10..hahaha lawak cerita, mana taknya selalunya tanggapan saya kaum wanita yang banyak mempercayai kata-kata orang tua tapi dalam novel nie dia yang banyak percaya pada kata-kata itu....
dah nama pun novel cintakan sudah semestinya banyak pekara tentang jodoh..hehehe
antara nya ialah

'Orang tua-tua kata jari kelengking lelaki sama dengan jari manis perempuan, kalau sama bermakna ada jodoh'..mungkin itu bagi yang sudah ada pasangan nye kot harap tak payah lah percaya sebab nya elak saiz tak sama hmm, kita putus (parah je) ingat yea, jodoh pertemuan bukan tangan manusia tapi dari Allah..itu wajib di yakini.. jadi ini sekadar perkongsian yang memang saya tak pernah dengar...
ada lagi 'orang kata kalau kita rindu seseorang itu bermakna dia rindu kita' !!haaa sudah  betul ke tu hmm apa-apa sahaja lah kan dunia nie macam-macam ada..siapa tau kan kekuasaan Allah yang sangat luas..hehe
 kalau berkenaan nak baca boleh je cari kat kedai buku...dan ini cover muka buku novel suamiku Encik perfect 10..





Sunday, 21 April 2013

satu minggu sudah berlalu

Alahai minggu ini, macam-macam kena buat ini yang boleh memyebabkan sters ni..mana tidaknya sudahlah baru lepas balik bercuti, kalau dah balik bercuti di rumah hmm dah fikir macam tak nak balik, hati pun masih dekat rumah lagi kan bagus kalau rumah abah dekat kawasan tempat saya belajar baru lah gembira sokmo..
semangat sentiasa..eii tak boleh jadi ni kalau layan perasaan ni alamat nye tak kesudah..
jadi apa yang perlu saya buat cari sesuatu yang boleh membahagiakan..macam mana tu hmm sendiri cari lah..

Minggu ini minggu peperiksaan, kerja banyak nak kena hantar lepas itu yang parah air boleh tak ada kalau satu hari  bolehlah diterima, nie sampai ketiga hari, nasib baik hari cuti..
tak apa lah kalau difikir kan balik biar lah sibuk sikit, susah sikit kan baru lah ada kelainan..jadi setiap apa yang berlaku minggu ini sangat lah memerlukan kesabaran yee..

Esok merupakan masuk minggu baru ..ohh tidak..asal pulak tidak,,kan bagus tu sepatutnya ucapan yang paling sesuai adalah Alahamdulilah..sebab masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan..hahaha..
apa lah yang akan berlaku pada minggu yang akan menjelma..kita lihat.

                -Dengan harapan minggu ini adalah yang terbaik dari yang lepas-

Wednesday, 17 April 2013

Indahanya sifat kesabaran itu..

Sabar adalah mutiara hidup, semakin besar kesabaran, semakin bersinar mutiaranya dan ianya adalah sebahagian daripada IMAN, 

Dimana bila ada sifat kesabaran, setiap ujian yang  menguji kesabaran kita, bila berjaya kesabaran itu akan dapat meningkatkan keikhlasan dalam hati...

Sebahagian Tips Usahawan

Assalamualikum..

Perkongsian mengenai Usahawan..
Sebenarnya, saya baru sahaja menghadiri satu ceramah mengenai usahawan sempena Karnival Menjana Pendapatan di kolej..Pelbagai pekara yang saya perolehi dari ceramah itu..

Apa yang perlu ada pada seorang Usahawan nie, haah sudah semestinya dia memerlukan seseorang yang mempunyai dorongan dalaman yang kuat -Dorongan dalaman yang kuat adalah merujuk kepada kekuatan fizikal dan mental, bijak, sentiasa bertenaga, berdisiplin, bersemangat yang mana kita perlu ada keyakinan diri yanag kita sentiasa dalam keadaan ' BOLEH '...hmm seorang usahawan boleh menjadi seorang peniaga tetapi seorang peniaga belum tentu boleh menjadi seorang usahawan..

Untuk menjadi seorang usahawan juga pelu menitiberatkan perkara-pekara yang mempengaruhi Spritual, Emosi dan IQ..

Spritual - Itu dari apa yang saya fahami adalah hubungan hati kita dengan yang Maha Esa..bila kita mempunyai hubungan yang baik dengan yang Maha Esa kita akan menjadi sentiasa berkerja keras dan jauh dari perasaan mengeluh..sebab kata Dr.irfan Khairi setiap pekara yang berlaku (negatif) jangan di pandang sebagai neagtif tetapi ambil pekara itu sebagai positif sebabnya apa-apa yang berlaku itu membantu kita kearah pekara yang lebih baik..

Emosi - Mesti bersemangat , boleh kawal emosi yang pentig jangan ada sifat munafik dan fasik bermakna perlu menjadi seorang yang jujur...

IQ - Mesti ada intelektual..

Melalui apa yang saya dapat tindakan untuk menjadi seorang usahawan adalah bermula mencari mentor, seterusnya boleh memulakan sebuah perniagaan yang penting kita tahu apa yang kita suka dan tahu untuk membuat sesuatu..


Sunday, 14 April 2013

Ke Pulau Aman

Ke Pulau Aman..? buat ape? hahaah..nak kongsi ni..

Saya ke Pulau Aman ni nak buat tugasan untuk akhir semester..
hmm..kenapa Pulau Aman? Sebab idea dari seorang kawan yang katanya tempat tu kurang pengunjung..dan semestinya saya tak pernah tahu langsung tentang Pulau tu..
Setuju dengan cadangan untuk melihat faktor pengunjung ke Pulau Aman saya satu kumpulan pergi.. Dahlah semua ahli kumpulan perempuan, lepas tu buat kajian ambil tempat kemain jauhnya..tapi tak apa kerana keberanian dan kerjasama antara kumpulan akhirnya tugasan itu berjaya diselesaikan.

Cerita sikit ...-Pulau Aman-  

Yang menarik nya di Pulau Aman dia merupakan satu perkampungan nelayan..kebanyakan penduduk di Pulau itu meraih pendapatan hasil daripada laut dan sumber yang boleh didapati di Pulau itu..antaranya adalah hasil tangkap laut, penjualan makanan, buka homestay, ternakan kerang, buka kilang belacan,ikan kering..dan macam-macam lagi..

Pulau Aman ini berdekatan di Bukit Tambun, Seberang Perai, Pulau Pinang..
Rata-rata penduduknya adalah melayu taw..bila nak kesana kena guna pengangkutan air iaitu   bot dengan harga tambang seorang RM4.00 sahaja..
Kebanyakkan pengunjung akan ke Pulau Aman pada sabtu dan ahad kerana untuk menikmati makanan laut..
anatara makanan yang pernah saya rasa adalah Mee udang..perhhh memang sedap rasa udang nya yang segar tu hahahah.
disana kita boleh berjalan-jalan, berbasikal, mandi pantai, berkayak, berkemah dan macam-macam lagi.
DAN..
ini dia gambar-gambar kami sewaktu di Pulau Aman..


Thursday, 11 April 2013

Di Taman tamadun Islam -Terengganu-

Seronoknya bila terkenangkan pergi rombongan berjalan-jalan bersama-sama kawan semasa mengambil diploma diSeberang Perai...huhuhu..ini dia sedikit gambar kenangan saya bersama kawan..


 Taman Tamadun Islam ini merupakan satu-satunya taman yang temanya bercirikan Islam yang pertama di dunia rasanya melalu bacaan saya iaitu dari segi kesenian rekaan bentuk serta kebudayaanya..
Terdapat bemacam-macam monumen yang ada di Taman Tamadun Islam..tidak rugi jikalau sesiapa ke tempat ini..bila masuk terasa macam ada di monumen luar negara hahaha..
Bayaran kemasukannya pun tidak lah begitu mahal..tetapi kalau ada yang rasa mahal, bila masuk puas hati..
Didalam Taman itu pelbagai kemudahan disediakan seperti jika rasa tak nak berjalan kaki, kita boleh menunggang basikal, naik train yang disediakan..kalau naik basikal rasanya kena caj bayaran sikit lah..
Memang agak penat bila berjalan sebab tempat tu besar..hehehe.
Agak teruja dapat pergi ke sini..akhirnya setelah lama di idamkan untuk ke taman ini dapat..hahaha..